MamaFarisLittleShop. Powered by Blogger.

Tuesday, 29 March 2011

KAEDAH MENCUCI CLOTH DIAPERS YANG TELAH DIGUNAKAN:-)


Assalamualaikum....


Sekali lagi mamafarislittleshop ingin memberikan tips-tips yang perlu digunakan bagi memudahkan proses cuci-mencuci lampin yang telah digunakan... Begini cara-caranya ye..:-)


1.Sebelum dibasuh, keluarkan insert daripada CD. Sekiranya tiada najis, CD hanya perlu dibilas dan dibasuh menggunakan tangan (penggunaan berus adalah tidak digalakkan terutamanya berus sabut) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti biasa tetapi seelok-eloknya dimasukkan ke dalam laundry bag bagi menjaga ketahanan CD anda. Penggunaan sukatan sabun hendaklah dikurangkan (1/4 daripada sukatan biasa) dan digalakkan menggunakan sabun jenis cecair supaya tidak melekat pada CD apabila kering.


2. Penggunaan pelembut kain (Softener) @ Clorox JANGAN sekali-kali digunakan kerana pelembut pakaian boleh mengurangkan daya serapan CD anda. Clorox pula boleh merosakkan CD dan insert kerana ia bersifat menghakis.


3. Sekiranya terdapat najis, buangkan najis ke dalam mangkuk tandas dengan menggunakan pancuran air paip terlebih dahulu. Selepas itu, barulah CD tersebut dibilas dengan air seperti biasa sebelum dibasuh bersama CD-CD yang lain.


P/s: Jumlah CD untuk sekali basuhan tidak boleh melebihi 24 keping bagi menjamin tahap kebersihan CD yang dicuci. CD yang anda gunakan juga boleh dikumpul di dalam baldi yang kering @ tertutup sebelum dicuci. Sebaik-baiknya CD yang dikumpul tersebut hendaklah tidak melebihi 3 hari ye....

0 comments on "KAEDAH MENCUCI CLOTH DIAPERS YANG TELAH DIGUNAKAN:-)"

Post a Comment

 

mamafarislittleshop Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez