MamaFarisLittleShop. Powered by Blogger.

Sunday, 27 March 2011

PENGGUNAAN KALI PERTAMA CLOTH DIAPERS @ PRE-WASH


Di sini mamafarislittleshop ingin berkongsi cara- cara penggunaan CD buat kali pertama:


1. Basuh dahulu 'cloth diapers' dan insert sebanyak 3 kali (basuh, kering,basuh, kering, basuh dan kering)  sebelum digunakan untuk kali pertama. Ini adalah untuk memastikan agar  CD dapat menyerap lembapan dengan baik.


2. Untuk membasuh CD, anda tidak perlu menggunakan berus dan hanya menggunakan tangan sahaja. Seelok-eloknya, sabun yang digunakan ialah sabun yang jenis kurang berbuih dan tidak mengandungi 'enzyme' contohnya enzim pewangi dan pemutih. Enzim boleh memberi kesan terhadap kulit bayi yang sensitif.


3.Kemudian, CD yang siap dibilas dan diperah hendaklah dijemur sehingga kering.


P/s: Basuhan juga boleh dilakukan menggunakan mesin basuh. Anda perlu memasukkan CD anda ke dalam 'laundry net' bagi menjaga jahitan lampin moden anda. Insert tidak perlu dimasukkan ke dalam laundry net dan boleh dimasukkan ke dalam mesin basuh dengan begitu sahaja. Contoh sabun yang biasa disyorkan untuk basuhan CD ialah Pureen HAD.

0 comments on "PENGGUNAAN KALI PERTAMA CLOTH DIAPERS @ PRE-WASH"

Post a Comment

 

mamafarislittleshop Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez