Penggunaan lampin kain moden sebenarnya adalah sangat mudah dan tidaklah sesukar yang dibayangkan. mamafarislittleshop ingin berkongsi cara-cara penggunaan CD dan di bawah adalah sedikit maklumat @ panduan yang ingin kami kongsikan bersama:-) Begini caranya:
1. Masukkan insert ke dalam 'pocket CD'. Insert diperbuat daripada 'microfibre' dan tidak boleh diletakkan secara terus sehingga menyentuh kulit bayi kerana daya serapannya yang kuat akan menyerap lembapan semula jadi pada kulit bayi anda.
2. Pastikan insert ditolak dengan kemas sehingga sampai ke bahagian depan pocket CD.
3. Setiap keping CD boleh digunakan sehingga 4 jam @ 4 kali basahan (sama seperti penggunaan lampin pakai buang).
4. Bagi bayi yang 'heavy wetter', adalah digalakkan untuk menggunakan 2 insert ke dalam 'pocket CD'. Walaupun bahagian dalam CD (microfleece) yang bersentuhan dengan kulit bayi adalah sentiasa kering, anda dinasihatkan untuk menukar keseluruhan CD (insert dan pocket CD) bagi mengelakkan bakteria terkumpul sekiranya terlalu lama CD itu dipakai....
Sunday, 27 March 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments on "CARA-CARA MENGGUNAKAN CLOTH DIAPERS"
Post a Comment