MamaFarisLittleShop. Powered by Blogger.

Tuesday, 15 March 2011

KENALI LAMPIN MODEN ATAU CLOTH DIAPERS






Lampin moden atau Cloth Diapers (CD) didatangkan dengan 2 komponen iaitu Seluar dan Insert.

1. Seluar
Bahagian luar diperbuat daripada fabrik polyurathane laminate (PUL) atau ployester yang telap air sehingga 8 jam. Bahagian dalamnya diperbuat daripada microfleece atau microsuede yang lembut serta direka khas bagi keselesaan bayi. Mempunyai poket untuk diisikan dengan Insert.
Seluar ini mempunyai 3 saiz dalam 1 iaitu S, M dan L yang boleh diubahsuai mengikut saiz dan kesesuaian bayi anda menerusi butang di bahagian hadapan Seluar.

 2.  Insert
Diletakkan di dalam poket bahagian seluar CD. Diperbuat daripada 3 lapisan fabrik microfibre dengan kemampuan menyerap air kencing sehingga 450ml dengan purata tempoh selama 4-5 jam.
Bagi versi Bamboo Insert, ia direka khas untuk sentuhan secara langsung dengan kulit bayi. Penggunaannya adalah diletakkan secara terus di atas inner layer Seluar tanpa perlu diletakkan di dalam poketnya.

0 comments on "KENALI LAMPIN MODEN ATAU CLOTH DIAPERS"

Post a Comment

 

mamafarislittleshop Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez