Pernahkah kita terfikir berapa banyakkah sisa buangan lampin bayi yang kita hasilkan setiap hari? Sisa lampin pakai buang menyumbang 50% sisa buangan domestik harian. Sisa ini merupakan sisa tak terbiodegradasi yang mengambil masa ratusan tahun untuk diurai. Pelupusannya menerusi kaedah tanam atau bakar menjadikan kos pengurusan sisa ini sangat tinggi serta tidak mesra alam.
Memperkenalkan Cloth Diapers (CD), lampin pakai semula yang lebih ceria mesra alam serta menjimatkan. Produk ini membantu nmengurangkan sisa domestik anda dan paling penting, membantu anda MENGURANGKAN PERBELANJAAN anda serta menjamin kesihatan bayi anda.
MENGAPA PERLU GUNA CLOTH DIAPERS?
1. Bahaya Lampin Pakai Buang
Lampin pakai buang mengandungi bahan kimia sintetik iaitu dioksin,yang digunakan sebagai bahan peluntur kertas bagi mendapatkan warna putih dan bersih.Bahan ini bersifat karsinogenik dan boleh menyebabkan kanser. Lampin pakai buang juga mengandungi sodium polyacrylate yang berfungsi untuk menyerap cecair dan lembapan . Bahan ini boleh menyebabkan terjadinya pembentukan ruam pada kulit bayi. Pada peringkat yang lebih kronik, kesannya boleh menyebabkan demam serta jangkitan bakteria kepada bayi. Ini ditambah dengan kekurangan pengudaraan serta kepanasan akibat penggunaan lampin pakai buang. Kajian mendapati lampin pakai buang meningkatkan suhu di sekitar skrotum bayi dan menjadi punca gangguan mekanisme penyejukan suhu semulajadi. Ini memberi kesan terhadap kesuburan bayi pada masa akan datang.
2. Penjimatan Kos
Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan serta sangat mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin pada masa yang sama
.
.
Berikut kiraan kos bagi penggunaan lampin pakai buang:
RM 0.60 sekeping X 6 keping sehari = RM3.60 sehari
RM 3.60 X 365 hari setahun = RM1,314.00 setahun
RM1,314.00 X 3 tahun = RM3942.00 bagi seorang anak
Dan anda perlu mengeluarkan jumlah yang sama bagi anak kedua, ketiga dan seterusnya..
Tetapi jika anda bertukar kepada CD:
sehelai CD (termasuk insert) = RM35 (harga purata)
Beli 12 helai: RM35 x 12 helai = RM420
Beli 20 helai (lebih banyak CD lebih baik kerana lambat lusuh dan boleh rotate guna):
RM35 X 20 = RM700 SAHAJA!!
Kos lampin adalah kekal kerana CD boleh digunakan dari newborn sehingga bayi berumur 3-4 tahun. Anda juga boleh gunakan CD yang sama untuk anak kedua, ketiga dan seterusnya.
Jimat Bukan??
3. Bayi Cepat Belajar Membuang Air di Tandas
Bayi yang menggunakan CD akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walaupun bahagian dalam CD ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding lampin pakai buang. Menurut satu artikel oleh Wall Street Journal, bayi yang menggunakan lampin pakai buang akan terus memakainya sehingga berumur 36-42 bulan manakala bayi yang memakai CD tempohnya lebih singkat sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana bayi akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas (earlier potty training)
4. Corak Yang Menarik dan Selesa
Lampin moden jenis kain (CD) ini juga lebih cantik dipandang kerana ia datang dalam pelbagai rekaan, warna dan corak. Fitting dan Cuttingnya lebih kemas dan selesa berbanding lampin pakai buang. Cara pemakaiannya juga semudah lampin pakai buang. Lampin moden diperbuat daripada kain yang ringan dan lembut menjadikan CD mudah dibasuh dan dikeringkan di samping memberi keselesaan dan pengudaraan yang baik untuk kulit bayi. Jadi, bayi anda bukan sahaja selesa, malah tampak comel dan ceria.
Sekarang, marilah kita sama2 bertukar kepada lampin moden kerana kelebihannya telah terbukti...selamatkanlah bumi kita daripada timbunan sampah sarap. Lampin pakai buang yang kita gunakan merupakan sampah ketiga terbesar yang kita hasilkan setiap hari, sedangkan si kecil yang menggunakannya hanya mewakili 5% daripada jumlah populasi penduduk dunia...lakukan perubahan sekarang, pilihan di tangan anda....
Sekarang, marilah kita sama2 bertukar kepada lampin moden kerana kelebihannya telah terbukti...selamatkanlah bumi kita daripada timbunan sampah sarap. Lampin pakai buang yang kita gunakan merupakan sampah ketiga terbesar yang kita hasilkan setiap hari, sedangkan si kecil yang menggunakannya hanya mewakili 5% daripada jumlah populasi penduduk dunia...lakukan perubahan sekarang, pilihan di tangan anda....

0 comments on "MEMPERKENALKAN CLOTH DIAPERS"
Post a Comment