MamaFarisLittleShop. Powered by Blogger.

Saturday, 26 March 2011

TIPS UNTUK MEREKA YANG BARU MENCUBA CLOTH DIAPERS


Assalamualaikum semua....


Di sini mamafarislittleshop ingin berkongsi beberapa tips penting yang perlu dilakukan oleh mereka yang baru berjinak-jinak dengan lampin moden ye..


1. Sewaktu menggunakan CD buat kali pertama, anda hendaklah selang-selikan penggunaan CD dengan lampin pakai buang sehingga jumlah CD yang anda miliki telah mencukupi.Jumlah CD yang disarankan untuk seorang bayi adalah antara 25-30 keping. Namun, jika anda mampu adalah tidak salah untuk memiliki jumlah yang lebih banyak daripada jumlah tersebut. CD juga seperti pakaian kita, jika sedikit jumlahnya maka semakin kerap pula penggunaannya. Ini akan menjadikan CD kita semakin cepat lusuh bukan??? Lebih banyak CD lebih bagus..mulakanlah koleksi CD anda sedikit demi sedikit...tidak rugi untuk memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan anda untuk bertukar kepada lampin moden kerana ia sangat selamat dan menjimatkan wang anda....


P/s: Mulakan koleksi CD anda sebanyak 4-5 keping sebulan, lama-kelamaan anda akan memiliki jumlah yang mencukupi untuk si comel anda:-)


2. Untuk basuhan CD, pembasuhan menggunakan CUKA dan SODA BIKARBONAT adalah jauh lebih selamat berbanding penggunaan sabun pencuci biasa yang mengandungi bahan kimia..Jika anda ingin menggunakan bahan pencuci, anda hendaklah menggunakan sabun organik yang bebas daripada bahan kimia.


3. Kaedah 'strip washing' (iaitu memasukkan cuka dan soda bikarbonat ) sewaktu cucian CD disarankan sekitar 2-3 bulan sekali sahaja. Anda hanya perlu menggunakan satu sudu kecil soda bikarbonat atau satu sudu cuka makan sahaja. Ini adalah untuk mengeluarkan kotoran halus atau mendapan sabun yang terperangkap pada 'microfleece'/'inner' CD anda.


P/s: Pastikan basuhan anda adalah bersih tanpa kesan sabun yang tertinggal.


4.Sekiranya anak anda mengalami masalah ruam lampin walaupun setelah bertukar kepada CD, mungkin masih terdapat sabun yang melekat pada CD @ akibat terperam dalam CD basah lebih daripada 3-4 jam. Pastikan anda melakukan cucian dengan menggunakan air yang banyak sehingga cucian anda benar-benar bersih dan CD hendaklah ditukar sekerap mungkin.


5.Berikut adalah jadual penggunaan CD yang dicadangkan dalam sehari:


  7a.m-10a.m     : 1 helai CD + 1 insert
  10a.m-1p.m     : 1 helai CD + 1 insert
  1p.m-4p.m       : 1 helai CD + 1 insert
  4p.m-7p.m       : 1 helai CD + 1 insert
  7p.m-12a.m     : 1 helai CD + 2 insert
  12a.m-7a.m     : 1 helai CD + 2 insert


***Jadi, jumlah penggunaan CD setiap hari ialah 6 keping bersama 8 helai insert.

0 comments on "TIPS UNTUK MEREKA YANG BARU MENCUBA CLOTH DIAPERS"

Post a Comment

 

mamafarislittleshop Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez