MamaFarisLittleShop. Powered by Blogger.

Sunday, 19 June 2011

NEW ITEM:PRINTED WASHABLE LINERS....

0 comments
NEW ITEM AT mamafarislittleshop:-)

PRINTED WASHABLE LINERS 

NOW AVAILABLE 

Made From: Anti Pill Fleece Fabric with 11 Printed Design (Fabric Designer)

Fungsi 'liners' adalah untuk melindungi  kulit bayi anda supaya sentiasa kering dan selesa. Selain itu, ia juga berfungsi untuk mengelakkan Cloth Diapers daripada mudah kotor sekiranya terkena najis...dengan adanya liner, proses membasuh CD kotor akan menjadi lebih mudah...Liners juga diperbuat daripada fabrik fleece yang mudah dicuci...


PRICE:
RM10/PC

OR

BUY SET OF 5 PIECES:
RM40


FEEL FREE TO SHOP WITH US:-)

Wednesday, 13 April 2011

LATEST PRODUCTS IN mamafarislittleshop:-)

0 comments
SALAM SEMUA....

mamafarislittleshop ingin memperkenalkan produk terbaru yang dijual di online shop kami...

jeng...jeng...jengg...

QQBABY MINKY WET BAG

SIZE :35cm x 40cm


Boleh memuatkan 6-8 keping CD



ANTARA KEGUNAAN WET BAG IALAH:


*untuk menyimpan CD yang telah digunakan
*juga sesuai untuk menyimpan pakaian basah e.g baju renang


KELEBIHANNYA:


*boleh dicuci dan digunakan semula
*kalis air
*diperbuat daripada PUL dan memiliki pelbagai corak yang menarik

HARGA PASARAN: RM 27.90


HARGA PROMOSI : RM 19.90

KINI: RM18.00 SAHAJA


P/S: JANGAN KETINGGALAN UNTUK MENDAPATKAN WETBAG KAMI PADA HARGA YANG DITAWARKAN.PROMOSI BERLANGSUNG SEHINGGA HUJUNG BULAN APRIL SAHAJA...SIAPA CEPAT DIA DAPAT...


SEKIRANYA BERMINAT, HUBUNGI KAMI:


FAHMI:0192137383
JUNE:0192187383





Wednesday, 6 April 2011

JAPAN BUSHA ROMPER

2 comments
Salam semua...

New arrival at mamafarislittleshop;-)

Sleveeless Japan busha romper ...

Sangat sesuai dipakai dalam cuaca panas...

Sungguh comel untuk anak-anak anda..

READY STOCK -10/04/2011

LIMITED EDITION!!!

MATERIAL: 100% COTTON

OUR PRICE: RM 18.90


HARGA PROMOSI: RM17.50 SAHAJA


UKURAN:


DESIGN YANG KAMI MILIKI:
STRAWBERRY BUSHA ROMPER

 SIZE :
80  (0-6M)
90  (6-12M)
95  (12-18M)

APPLE BUSHA ROMPER

 SIZE:
80  (0-6M)
90  (6-12M)
95  (12-18M)


JAGUAR BUSHA ROMPER

 SIZE:

80  (0-6M)
90  (6-12M)
95  (12-18M)



P/S: Nantikan kemunculan printed washable liners di online shop kami...terdapat pelbagai corak yang menarik untuk dipilih...:-)



FEEL FREE TO SHOP WITH US:

 FAHMI-0192137383
 JUNE-0192187383

Tuesday, 29 March 2011

KAEDAH MENCUCI CLOTH DIAPERS YANG TELAH DIGUNAKAN:-)

0 comments
Assalamualaikum....


Sekali lagi mamafarislittleshop ingin memberikan tips-tips yang perlu digunakan bagi memudahkan proses cuci-mencuci lampin yang telah digunakan... Begini cara-caranya ye..:-)


1.Sebelum dibasuh, keluarkan insert daripada CD. Sekiranya tiada najis, CD hanya perlu dibilas dan dibasuh menggunakan tangan (penggunaan berus adalah tidak digalakkan terutamanya berus sabut) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti biasa tetapi seelok-eloknya dimasukkan ke dalam laundry bag bagi menjaga ketahanan CD anda. Penggunaan sukatan sabun hendaklah dikurangkan (1/4 daripada sukatan biasa) dan digalakkan menggunakan sabun jenis cecair supaya tidak melekat pada CD apabila kering.


2. Penggunaan pelembut kain (Softener) @ Clorox JANGAN sekali-kali digunakan kerana pelembut pakaian boleh mengurangkan daya serapan CD anda. Clorox pula boleh merosakkan CD dan insert kerana ia bersifat menghakis.


3. Sekiranya terdapat najis, buangkan najis ke dalam mangkuk tandas dengan menggunakan pancuran air paip terlebih dahulu. Selepas itu, barulah CD tersebut dibilas dengan air seperti biasa sebelum dibasuh bersama CD-CD yang lain.


P/s: Jumlah CD untuk sekali basuhan tidak boleh melebihi 24 keping bagi menjamin tahap kebersihan CD yang dicuci. CD yang anda gunakan juga boleh dikumpul di dalam baldi yang kering @ tertutup sebelum dicuci. Sebaik-baiknya CD yang dikumpul tersebut hendaklah tidak melebihi 3 hari ye....

Sunday, 27 March 2011

CARA-CARA MENGGUNAKAN CLOTH DIAPERS

0 comments
Penggunaan lampin kain moden sebenarnya adalah sangat mudah dan tidaklah sesukar yang dibayangkan. mamafarislittleshop ingin berkongsi cara-cara penggunaan CD dan di bawah adalah sedikit maklumat @ panduan yang ingin kami kongsikan bersama:-) Begini caranya:


1. Masukkan insert ke dalam 'pocket CD'. Insert diperbuat daripada 'microfibre' dan tidak boleh diletakkan secara terus sehingga menyentuh kulit bayi kerana daya serapannya yang kuat akan menyerap lembapan semula jadi pada kulit bayi anda.


2. Pastikan insert ditolak dengan kemas sehingga sampai ke bahagian depan pocket CD.


3. Setiap keping CD boleh digunakan sehingga 4 jam @ 4 kali basahan (sama seperti penggunaan lampin pakai buang).


4. Bagi bayi yang 'heavy wetter', adalah digalakkan untuk menggunakan 2 insert ke dalam 'pocket CD'. Walaupun bahagian dalam CD (microfleece) yang bersentuhan dengan kulit bayi adalah sentiasa kering, anda dinasihatkan untuk menukar keseluruhan CD (insert dan pocket CD) bagi mengelakkan bakteria terkumpul sekiranya terlalu lama CD itu dipakai....

PENGGUNAAN KALI PERTAMA CLOTH DIAPERS @ PRE-WASH

0 comments
Di sini mamafarislittleshop ingin berkongsi cara- cara penggunaan CD buat kali pertama:


1. Basuh dahulu 'cloth diapers' dan insert sebanyak 3 kali (basuh, kering,basuh, kering, basuh dan kering)  sebelum digunakan untuk kali pertama. Ini adalah untuk memastikan agar  CD dapat menyerap lembapan dengan baik.


2. Untuk membasuh CD, anda tidak perlu menggunakan berus dan hanya menggunakan tangan sahaja. Seelok-eloknya, sabun yang digunakan ialah sabun yang jenis kurang berbuih dan tidak mengandungi 'enzyme' contohnya enzim pewangi dan pemutih. Enzim boleh memberi kesan terhadap kulit bayi yang sensitif.


3.Kemudian, CD yang siap dibilas dan diperah hendaklah dijemur sehingga kering.


P/s: Basuhan juga boleh dilakukan menggunakan mesin basuh. Anda perlu memasukkan CD anda ke dalam 'laundry net' bagi menjaga jahitan lampin moden anda. Insert tidak perlu dimasukkan ke dalam laundry net dan boleh dimasukkan ke dalam mesin basuh dengan begitu sahaja. Contoh sabun yang biasa disyorkan untuk basuhan CD ialah Pureen HAD.

Saturday, 26 March 2011

TIPS UNTUK MEREKA YANG BARU MENCUBA CLOTH DIAPERS

0 comments
Assalamualaikum semua....


Di sini mamafarislittleshop ingin berkongsi beberapa tips penting yang perlu dilakukan oleh mereka yang baru berjinak-jinak dengan lampin moden ye..


1. Sewaktu menggunakan CD buat kali pertama, anda hendaklah selang-selikan penggunaan CD dengan lampin pakai buang sehingga jumlah CD yang anda miliki telah mencukupi.Jumlah CD yang disarankan untuk seorang bayi adalah antara 25-30 keping. Namun, jika anda mampu adalah tidak salah untuk memiliki jumlah yang lebih banyak daripada jumlah tersebut. CD juga seperti pakaian kita, jika sedikit jumlahnya maka semakin kerap pula penggunaannya. Ini akan menjadikan CD kita semakin cepat lusuh bukan??? Lebih banyak CD lebih bagus..mulakanlah koleksi CD anda sedikit demi sedikit...tidak rugi untuk memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan anda untuk bertukar kepada lampin moden kerana ia sangat selamat dan menjimatkan wang anda....


P/s: Mulakan koleksi CD anda sebanyak 4-5 keping sebulan, lama-kelamaan anda akan memiliki jumlah yang mencukupi untuk si comel anda:-)


2. Untuk basuhan CD, pembasuhan menggunakan CUKA dan SODA BIKARBONAT adalah jauh lebih selamat berbanding penggunaan sabun pencuci biasa yang mengandungi bahan kimia..Jika anda ingin menggunakan bahan pencuci, anda hendaklah menggunakan sabun organik yang bebas daripada bahan kimia.


3. Kaedah 'strip washing' (iaitu memasukkan cuka dan soda bikarbonat ) sewaktu cucian CD disarankan sekitar 2-3 bulan sekali sahaja. Anda hanya perlu menggunakan satu sudu kecil soda bikarbonat atau satu sudu cuka makan sahaja. Ini adalah untuk mengeluarkan kotoran halus atau mendapan sabun yang terperangkap pada 'microfleece'/'inner' CD anda.


P/s: Pastikan basuhan anda adalah bersih tanpa kesan sabun yang tertinggal.


4.Sekiranya anak anda mengalami masalah ruam lampin walaupun setelah bertukar kepada CD, mungkin masih terdapat sabun yang melekat pada CD @ akibat terperam dalam CD basah lebih daripada 3-4 jam. Pastikan anda melakukan cucian dengan menggunakan air yang banyak sehingga cucian anda benar-benar bersih dan CD hendaklah ditukar sekerap mungkin.


5.Berikut adalah jadual penggunaan CD yang dicadangkan dalam sehari:


  7a.m-10a.m     : 1 helai CD + 1 insert
  10a.m-1p.m     : 1 helai CD + 1 insert
  1p.m-4p.m       : 1 helai CD + 1 insert
  4p.m-7p.m       : 1 helai CD + 1 insert
  7p.m-12a.m     : 1 helai CD + 2 insert
  12a.m-7a.m     : 1 helai CD + 2 insert


***Jadi, jumlah penggunaan CD setiap hari ialah 6 keping bersama 8 helai insert.

Thursday, 24 March 2011

MINKY ECO PRINTED IN THE HOUSE!!!

0 comments
Salam semua....
Pihak mamafarislittleshop turut menjual CD yang comel amat iaitu Minky Eco Printed...coraknya bisa menawan hati sesiapa sahaja yang memandang....di sini kami ingin menerangkan ciri-ciri CD Minky Eco Printed pula yer..

  • CD ini sesuai digunakan oleh newborn sehingga bayi seberat 17kg
  • saiz pinggangnya pula telah dipanjangkan dan bahagian cawat pula telah dilebarkan supaya tidak terlalu mengcengkam peha bayi anda
  • bahagian inner diperbuat daripada microfleece yang mudah untuk dibersihkan
  • 2 insert akan disertakan bagi setiap CD, insert terdiri daripada 4 lapisan microfibre yang mampu menyerap cecair dengan baik
  • bahagian luar pula diperbuat daripada PUL yang dibaluti oleh fabrik minky/baldu yang sangat halus dan lembut
 Jadi, jangan tunggu lagi...dapatkan CD Minky Eco Printed pada harga RM37.00 sahaja dari mamafarislittleshop....harga istimewa akan diberikan sekiranya anda membeli 3 keping ke atas:-) Setiap CD yang dijual di kedai kami adalah antara yang terbaik di pasaran. Buatlah pilihan yang bijak, pandanglah dengan mata dan nilailah dengan akal..hanya yang terbaik untuk anda semua...

Anda berminat???Sila hubungi :

En. Fahmi-0192137383
@
Pn. Junainah-0192187383

SWEET DOLL BABY PLAIN

0 comments
mamafarislittleshop turut menjual produk lampin moden berjenama antarabangsa.Sweet Doll Baby sangat berkualiti dan sesuai dipakai oleh bayi yang berangka besar (3-17kg).Berikut adalah ciri-ciri terperinci mengenai lampin moden jenama Sweet Doll Baby:

  • mempunyai daya serapan yang sangat tinggi bagi mengelakkan kebocoran
  • produk ini diimport dari United Kingdom
  • kualiti jenama ini terjamin kerana dikawal oleh syarikat dari UK sendiri
  • Sweet Doll Baby setanding dengan CD gred A+++
  • rekaannya juga sangat kemas dan didatangkan dengan pelbagai warna yang menarik
Anda boleh membuat perbandingan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat CD ini dengan CD-CD lain yang banyak dijual di Malaysia. Sweet Doll Baby setanding dengan CD yang berjenama antarabangsa dan biasanya dijual antara RM80-RM100...Anda tidak perlu membazirkan wang anda kerana kami menyediakan produk yang berkualiti dengan harga yang mampu anda miliki...kami juga ibu bapa seperti anda, pastinya kami inginkan penjimatan namun kualiti produk juga masih menjadi keutamaan kami.


Harga Sweet Doll Baby di pasaran ialah RM50-RM60 tetapi kami di mamafarislittleshop hanya menawarkan harga serendah RM40.00 sahaja...cepat dapatkan CD ini kerana Sweet Doll Baby merupakan jenama yang paling laris di pasaran!!!!!








Anda berminat???Hubungi kami:

En. Fahmi-0192137383
@
Pn. Junainah-0192187383

Tuesday, 22 March 2011

BIZMOM CD PREVIEW AND OFFERS

0 comments
Assalamualaikum semua..


Bizmom CD direka khas untuk ketahanan dan daya serapan yang lebih tinggi. Bahagian luar (outer) seluarnya diperbuat daripada High Quality Polyester (HQP) lebih tahan lasak bebanding kebanyakan CD yang menggunakan polyurathane laminate (PUL). Bahan ini mampu memberikan ketahanan serta ketelapan sehingga 8 jam.  
Bahagian dalamnya diperbuat daripada fabrik Super Microfleece yang digunakan oleh pengeluar-pengeluar CD dari US dan Kanada. Fabrik ini direka khas untuk keselesaan si kecil anda.


Bahagian insert Bizmom CD diperbuat daripada 3 lapisan microfibre dan didatangkan dengan 2 insert bagi setiap CD. 1 lapisan insert mampu memberi ketahanan dan daya serapan selama 4-5 jam manakala 2 lapisan insert mampu memberi ketahanan dan daya serapan sehingga 8 jam.


Kami di Bizmom dan mamafarislittleshop ingin menawarkan pakej permulaan bagi jenama Bizmom. Pakej ini turut didatangkan dengan warranty di samping harga yang menarik untuk anda:





A) Pakej 3 CD


  • 1 year warranty
  • RM110 bagi Bizmom plain (jimat RM9.70)
  • RM125 bagi Bizmom printed (jimat RM12.70)


B) Pakej 5 CD


  • 2 years warranty
  • RM184 bagi Bizmom plain (jimat RM15.50)
  • RM209 bagi Bizmom printed (jimat RM20.50)

C) Pakej 10 CD
  • 3 years warranty
  • RM350 bagi Bizmom plain (jimat RM49)
  • RM390 bagi Bizmom printed (jimat RM69)

BIZMOM PLAIN: RM39.90/PC



                                             :        

BIZMOM PRINTED:RM45.90/PC


Untuk makluman semua, harga istimewa yang kami tawarkan hanyalah terhad kepada 3 orang pelanggan pertama sahaja..selepas ini, harga akan dinaikkan mengikut harga pasaran semasa...jadi jangan berlengah lagi, rebutlah peluang keemasan ini selagi stok masih ada...stok di mamafarislittleshop adalah terhad...siapa cepat dia dapat!!






KEPADA YANG BERMINAT SEGERA HUBUNGI KAMI:


FAHMI:0192137383
JUNE:0192187383






Friday, 18 March 2011

PAKEJ STARTER CLOTH DIAPERS

2 comments
Assalamualaikum semua..


Kami di sini ingin menawarkan pakej permulaan bagi Cloth Diapers yang menjimatkan. Pakej ini kami berikan dalam kompilasi pelbagai jenama untuk si manja anda. Bagi yang baru ingin bertukar kepada lampin moden anda dinasihatkan untuk mencuba pelbagai jenis jenama supaya anda boleh mengenal pasti jenama yang paling sesuai untuk si kecil anda....Pilihlah mana-mana pakej di bawah, pasti berbaloi untuk wang anda:-)


PAKEJ A (3 CD):



1.Coolababy velcro/button - RM29.00
2.Sunnybaby Minky - RM34.90
3.Bizmom Plain - RM39.90.
Total RM103.80
Harga pakej: RM95.00
Jimat RM8.80





PAKEJ B (5 CD):


1.Coolababy velcro/button - RM 29.00
2.Sunnybaby Minky - RM34.90
3.Bizmom printed - RM45.90
4.Minky Eco printed - RM37.00
5.Babyland - RM29.00
Total RM 175.80
Harga pakej: RM158.00
Jimat RM17.80


PAKEJ C (7CD):



1. Coolababy Bamboo - RM35
2. Rainbow BB velcro - RM35
3. Minky Eco printed - RM37
4. Bizmom plain - RM39.90
5. Bizmom printed - RM45.90
6. Coolababy velcro/button - RM29
7. Sweet Doll Baby plain - RM40
PERCUMA WET BAG worth RM22.00
Harga pakej: RM240.00
Jimat RM21.80



PAKEJ D (10 CD):



1.COOLABABY V/BTN-RM29.00
2.COOLABABY BAMBOO-RM35.00
3.SUNNYBABY MINKY-RM34.90
4.MINKY ECO PRINTED-RM37.00
5.BB SYOK BAMBOO-RM53.90
6.RAINBOW BABY VELCRO-RM35.00
7.BABYLAND PRINTED/PRINTED WING-RM29.00
8.SWEET DOLL BABY PLAIN-RM40.00
9.BIZMOM PLAIN-RM39.90
10.BIZMOM PRINTED-RM45.90

PERCUMA WET BAG worth RM22 dan PRINTED  WASHABLE LINER worth RM10
Harga pakej: RM350.00
Jimat RM29.60

Anda berminat dengan pakej menarik ini??Sila hubungi :
En. Fahmi-0192137383
@
Pn. Junainah-0192187383


Stok adalah TERHAD.....siapa cepat dia dapat:-)

COOLABABY SNAP BUTTON

0 comments


Didatangkan dengan ciri-ciri menarik seperti berikut:


Bahagian luar (outer layer) diperbuat daripada fabric polyetane laminate atau (PUL) yang tahan lasak dan kalis air.
  • bahagian dalamnya diperbuat daripada fabrik microfleece yang sangat lembut dan membuatkan kulit bayi sentiasa kering dan selesa.
  • terdiri daripada button yang boleh diselaraskan mengikut saiz S, M dan L.
  • disertakan dengan 2 keping insert bagi setiap CD
  • insert terdiri daripada 3 lapisan microfibre utk menyerap basahan antara 3-4jam


Terdapat pelbagai warna pilihan yang menarik:
red
white
pink
royal blue
atoll blue
jasmine green
green
yellow
purple
orange


P/s: Selain daripada snap button, Coolababy turut memperkenalkan Coolababy velcro dan Coolababy bamboo charcoal.....

Anda berminat???sila hubungi kami:

EN. FAHMI-0192137383
@
PN. JUNAINAH-0192187383

Tuesday, 15 March 2011

CLOTH DIAPERS PRICE LIST

0 comments
Berikut Harga Bagi Setiap CD Mengikut Jenama:

Coolababy button/velcro RM29



Coolababy Bamboo Charcoal RM35



Coolababy Printed button/velcro RM33


Coolababy Colour button RM29


Sunny Baby Minky button/velcro RM34.90




KENALI LAMPIN MODEN ATAU CLOTH DIAPERS

0 comments




Lampin moden atau Cloth Diapers (CD) didatangkan dengan 2 komponen iaitu Seluar dan Insert.

1. Seluar
Bahagian luar diperbuat daripada fabrik polyurathane laminate (PUL) atau ployester yang telap air sehingga 8 jam. Bahagian dalamnya diperbuat daripada microfleece atau microsuede yang lembut serta direka khas bagi keselesaan bayi. Mempunyai poket untuk diisikan dengan Insert.
Seluar ini mempunyai 3 saiz dalam 1 iaitu S, M dan L yang boleh diubahsuai mengikut saiz dan kesesuaian bayi anda menerusi butang di bahagian hadapan Seluar.

MEMPERKENALKAN CLOTH DIAPERS

0 comments



Pernahkah kita terfikir berapa banyakkah sisa buangan lampin bayi yang kita hasilkan setiap hari? Sisa lampin pakai buang menyumbang 50% sisa buangan domestik harian. Sisa ini merupakan sisa tak terbiodegradasi yang mengambil masa ratusan tahun untuk diurai. Pelupusannya menerusi kaedah tanam atau bakar menjadikan kos pengurusan sisa ini sangat tinggi serta tidak mesra alam.

Memperkenalkan Cloth Diapers (CD), lampin pakai semula yang lebih ceria mesra alam serta menjimatkan. Produk ini membantu nmengurangkan sisa domestik anda dan paling penting, membantu anda MENGURANGKAN PERBELANJAAN anda serta menjamin kesihatan bayi anda.
MENGAPA PERLU GUNA CLOTH DIAPERS?

1. Bahaya Lampin Pakai Buang
 Lampin pakai buang mengandungi bahan kimia sintetik iaitu dioksin,yang digunakan sebagai bahan peluntur kertas bagi mendapatkan warna putih dan bersih.Bahan ini bersifat karsinogenik dan boleh menyebabkan kanser. Lampin pakai buang juga mengandungi sodium polyacrylate yang berfungsi untuk menyerap cecair dan lembapan . Bahan ini boleh menyebabkan terjadinya pembentukan ruam pada kulit bayi. Pada peringkat yang lebih kronik, kesannya boleh menyebabkan demam serta jangkitan bakteria kepada bayi. Ini ditambah dengan kekurangan pengudaraan serta kepanasan akibat penggunaan lampin pakai buang. Kajian  mendapati lampin pakai buang meningkatkan suhu di sekitar skrotum bayi dan menjadi punca gangguan mekanisme penyejukan suhu semulajadi. Ini memberi kesan terhadap kesuburan bayi pada masa akan datang.

2. Penjimatan Kos
Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan serta sangat mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin pada masa yang sama
Berikut kiraan kos bagi penggunaan lampin pakai buang:

RM 0.60 sekeping X 6 keping sehari = RM3.60 sehari

RM 3.60 X 365 hari setahun = RM1,314.00 setahun
RM1,314.00 X 3 tahun = RM3942.00 bagi seorang anak

Dan anda perlu mengeluarkan jumlah yang sama bagi anak kedua, ketiga dan seterusnya..

Tetapi jika anda bertukar kepada CD:

sehelai CD (termasuk insert) = RM35 (harga purata)
Beli 12 helai: RM35 x 12 helai = RM420
Beli 20 helai (lebih banyak CD lebih baik kerana lambat lusuh dan boleh rotate guna):
RM35 X 20 = RM700 SAHAJA!!

Kos lampin adalah kekal kerana CD boleh digunakan dari newborn sehingga bayi berumur 3-4 tahun. Anda juga boleh gunakan CD yang sama untuk anak kedua, ketiga dan seterusnya.
Jimat Bukan??

 
3. Bayi Cepat Belajar Membuang Air di Tandas
Bayi yang menggunakan CD akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walaupun bahagian dalam CD ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding lampin pakai buang. Menurut satu artikel oleh Wall Street Journal, bayi yang menggunakan lampin pakai buang akan terus memakainya sehingga berumur 36-42 bulan manakala bayi yang memakai CD tempohnya lebih singkat sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana bayi akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas (earlier potty training)

4. Corak Yang Menarik dan Selesa
Lampin moden jenis kain (CD) ini juga lebih cantik dipandang kerana ia datang dalam pelbagai rekaan, warna dan corak. Fitting dan Cuttingnya lebih kemas dan selesa berbanding lampin pakai buang. Cara pemakaiannya juga semudah lampin pakai buang. Lampin moden diperbuat daripada kain yang ringan dan lembut menjadikan CD mudah dibasuh dan dikeringkan di samping memberi keselesaan dan pengudaraan yang baik untuk kulit bayi. Jadi, bayi anda bukan sahaja selesa, malah tampak comel dan ceria.

Sekarang, marilah kita sama2 bertukar kepada lampin moden kerana kelebihannya telah terbukti...selamatkanlah bumi kita daripada timbunan sampah sarap. Lampin pakai buang yang kita gunakan merupakan sampah ketiga terbesar yang kita hasilkan setiap hari, sedangkan si kecil yang menggunakannya hanya mewakili 5% daripada jumlah populasi penduduk dunia...lakukan perubahan sekarang, pilihan di tangan anda....



 

mamafarislittleshop Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez